Sunday, November 11, 2012

MIGRASI--HUKUM RAVENSTEIN



         Mobiliti di sini melihat kepada kebolehgerakan penduduk dari satu tempat ke satu tempat lain. Boleh berlaku dalam konteks global dan local serta berlaku dalam kehidupan seharian. Mobiliti  terbahagi kepada dua, iaitu mobiliti besar melibatkan peringkat lebih besar contohnya melancong, dan mobiliti kecil melibatkan pergerakan kecil seperti perjalanan ke tempat kerja.
Pergerakan pula terbahagi kepada tiga iaitu
1-Pergerakan berkitar
2-Pergerakan berkala
3-Migrasi

        Pergerakan berkitar atau cyclic movement mempunyai laluan yang tertutup iaitu ‘ bila pergi akan balik’ dalam jangka masa sehari. Contohnya orang pergi untuk beriadah, orang nomad, dan perjalanan ke kuliah setiap hari. Pergerakan berkala  melihat kepada pergerakan meninggalkan kediaman dengan jangka waktu lebih lama. Contohnya pergerakan untuk bekerja, penggembala, dan perkhidmatan tentera. Migrasi bermaksud pertukaran tempat tinggal sama ada scara individu, isi rumah dan secara berkumpulan ke lokasi baru di luar lokasi asal dengan tujuan-tujuan tertentu akan melibatkan perubahan tempat tinggal. Pergerakan penduduk akan membawa kepada interaksi, terdapat  dua bentuk untuk melihat migrasi pertama dari segi mobiliti dan kedua dari segi pergerakan.



 MIGRATION IN THE WORLD

Terdapat faktor tarikan dan tolakan bagi migrasi, antaranya ialah:
Tarikan
1-peluang pekerjaan
2-dasar kerajaan
3-kestabilan politik
4-peluang pendidikan
Tolakan
1-kadar pengangguran tinggi
2peperangan
3-ketidakcukupan tanah
4-bencana alam

Migrasi terbahagi kepada dua iaitu: migrasi sukarela (voluntary migration)  dan migrasi paksa     ( forced migration).
    Migrasi sukarela berlaku apabila penduduk memilih untuk keluar dari tempat asal. Pada asasnya migran itu percayai bahawa peluang dan keadaan hidup ditempat baru adalah lebih cerah di destinasi baru. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan interaksi spatial. Bagi migrasi paksa pula, keputusan penempatan semula adalah dibuat mereka selain migran itu sendiri, ia bertentangan dengan migrasi sukarela. Contohnya hamba,  negara peperangan.
Pemerhatian-pemerhatian sedemikian telah disimpulkan oleh E.G.Ravenstein (1834-1913) sebagai satu siri “Law of Migration”.  Antara Hukum Ravenstein tentang migrasi adalah:
1- Kebanyakan migran berpindah jarak pendek sahaja.
2- Migrasi jauh mengutamakan destinasi bandar besar.
3- Kebanyakan migrasi berlaku langkah demi langkah.
4- Kebanyakan migrasi adalah dari luar bandar ke bandar ( rural-urban).
5- Setiap aliran migrasi menyebabkan aliran bertentangan.
6- Kebanyakan migran adalah dewasa- keluarga jarang berpindah ke destinasi antarabangsa.
7- Kebanyakan migrasi antarabangsa adalah lelaki muda, perempuan migrasi dalam
     Negara sendiri                                      
8-Penduduk luar bandar lebih ramai berhijrah.
9-Faktor ekonomi sebagai punca utam penghijrahan.
10-Migrasi meningkatkan pembangunan ekonomi.
11-Migrasi menyebabkan perkembangan bandar berbanding pertambahan penduduk semulajadi.

        Pada hukum yang ke 6 dan 7 menunjukkan pentingnya peranan attribut dan sikap individu iaitu dari segi umur,jantina , pendidikan, dan status ekonomi. Migrasi adalah satu proses selektif. Dalam kebanyakkan masyarakat , penduduk dewasa muda adalah yang menunjukkan mobiliti tinggi. Tetapi, pendapat ravenstein bahawa lelaki yang mendominasikan migrasi adalah tidak begitu benar pada masa ini. Perempuan sekarang merupakan separuh daripada migran.
      Migran perempuan digalakkan khususnya oleh tarikan dan penolak ekonomi. Kajian di Asia Tenggara dan Amerika Latin menunjukkan bahawa 50-70% berpindah kerana mencari pekerjaan dan berpindah semasa dalam umur remaja.

Saturday, November 10, 2012

KEMENANGAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL TERLETAK PADA "ZON BESI"

kenapa aku mengatakan sebagai zon besi??

jika dilihat kepada PRU 12 sebelum ini, BARISAN NASIONAL banyak bergantung pada ZON FELDA DAN ZON SABAH SARAWAK..

Sampai bila kerajaan mahu dan terus meletakkan harapan bahawa kawasan itu kekal milik mereka..
pengharapan terus diberikan untuk kekal di felda melalui pemberian...

:durian runtuh--runtuh banyak mana,aku pon tak tau
-biasiswa felda akan diperkenalkan utk warga felda
-tidak membenarkan parti politik luar berkempen di kawasan felda.

di sabah dan sarawak

- perjanjian terus diberikan, untuk meningkatkan royalti mereka
-berjanji membina jalan lepas PRU 13

Friday, November 9, 2012

KELANTAN (seindah namamu"

PERSOALAN KEPADA KERAJAAN BARISAN NASIONAL MAHUKAN NEGERI KELANTAN

1- faktor sumber petroleum

negeri kelantan as source for barisan nasional...

2- pembalakan

hasil hutan yang masih banyak belum diterokai...

3-hasil mineral mentah (bijih)

baru mencapai tahap matang dan masih banyak

4- mahu wujudkan pembangunan

mungkin dari segi istilah dikatakan pembangun--tapi pembangunan yng sememangnya teruk...dari segi urus takbir.
Isu Royalti Kelantan.

Pertama kenapa kerajaan bawah pimpinan DS NAJIB razak.sukar menerima kenyataan bahawa royalti bukanlah wang ehsan.??

DS Najib lupakah pada amanat Ayahandanya Tun Razak,, tentang agreement... PETRONAS 1975.

Bgamna jarak yang jauh dijadikan pelabuhan,sedangkan offshore kelantan lg dekat..

PETA: TENTANG PENDERHAKAAN JARAK.