WHAT IS POLITIK....
•Kamus Oxford memberikan erti politik sebagai :
“Ilmu dan seni kerajaan; ilmu yang berkait dengan bentuk, organisasi dan pentadbiran negara atau sebahagian darinya dan dengan peraturan perhubungannya dengan negara-negara lain...”
Mempunyai dua pendekatan am :
I.Pendekatan politik sebagai institusi formal kerajaan.
II.Pendekatan politik sebagai perhubungan yang melibatkan kuasa.
I.Politik Sebagai Institusi Formal Kerajaan
•Sememangnya perkataan politik paling rapat dengan proses pemerintahan
•Kajian sains politik tradisional terutamanya telah memberi tumpuan yang hampir menyeluruh kepada persoalan kerajaan, perundangan dan institusi rasmi pemerintahan seperti majlis-majlis perwakilan, pentadbiran awam dan kehakiman.
II.Politik Sebagai Perhubungan Kuasa
•Soal kuasa telah menjadi persoalan utama politik dari awal zaman masyarakat manusia lagi.
•Politik bagi semua ahli teori sains politik merupakan satu aktiviti manusia yang pasti akan melibatkan unsur kuasa.
•Semua ideologi politik menekankan persoalan kuasa, keesahan kuasa dan penggunaan kuasa.
No comments:
Post a Comment